Khamis, 28 Mei 2009

Sambutan Hari Guru SKBP 2009







Kemeriahan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah masih lagi diteruskan pada hari ini. Beberapa aktiviti yang menarik telah diadakan untuk memeriahkan lagi acara sambutan pada kali ini. Diantaranya ialah ucapan dari pihak pentadbiran sekolah, bacaan ikrar para guru, nyanyian lagu Guru Malaysia, pertandingan bola sepak dan bola jaring antara guru dan murid serta penyampaian hadiah buat para guru. Selain itu juga diadakan jamuan untuk Hari Guru dan terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti pada kali ini.

Pada sebelah petangnya pula apabila selesainya sambutan Hari Guru, guru-guru SKBP dengan penuh semangat walaupun keletihan berlawan bola pada sebelah paginya telah berjaya menghadirkan diri untuk sesi LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan). Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Mei 2009 (Rabu dan Khamis), bermula pada jam 2.30-5.30 petang. Penceramah pada kedua-dua hari tersebut adalah En. Zunisam B Elias dan En. Mohd. Saad Bin Ghazali. Masing-masing memperkatakan mengenai pengelolaan, pengurusan dan kepengadilan sukan (bola baling dan sukan olahraga). Mudah-mudahan apa yang disampaikan dapat dikongsi bersama dan memberi banyak manfaat serta ilmu yang berguna untuk masa hadapan.