Selasa, 23 Mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 8

Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 27 Mac 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Peperiksaan SK Balik Pulau

Kehadiran para ibu bapa dan guru amatlah dialu-alukan untuk melancarkan mesyuarat tersebut.

Jumaat, 12 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah






Satu sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini, Jumaat 12 March 2010. Objektif sambutan adalah untuk menanam sifat kasih dan sayang di dalam diri warga SK Balik Pulau terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin oleh murid tahap 2. Selepas bacaan Yassin, majlis diteruskan dengan perarakan di sekitar kawasan sekolah sambil berselawat dan ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan. Majlis bersurai kira-kira jam 11.00 pagi.

Isnin, 1 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431/2010






Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, SK Balik Pulau telah menghantar satu kontigen untuk menyertai acara perarakan yang bermula di padang SK Kongsi dan berakhir di Masjid Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Perarakan tersebut telah diadakan pada 13 Rabiulawal 1431 bersamaan 27 Februari 2010 iaitu pada hari Sabtu. Kontigen berkenaan dianggotai oleh 31 orang ahli TKRS dan diketuai oleh Aisya Affrina Bt M. Ariffin. Walaupun tidak mendapat tempat pertama di dalam perarakan tersebut namun semangat serta dedikasi yang ditunjukkan amatlah dibanggakan. Terima kasih diucapkan juga kepada semua ibu bapa yang memberikan kerjasama dalam memastikan anak-anak mereka hadir ke perarakan tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan. Adalah diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. InsyaAllah...

Rabu, 24 Februari 2010

Johan Berpasukan Sepaktakraw Zon Balik Pulau 2010


Gambar Ehsan Cikgu Rizwan

Pasukan sepaktakraw SK Balik Pulau telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan sepaktakraw berpasukan zon Balik Pulau 2010. Mereka telah berjaya mengalahkan SK Sg Batu dalam pertandingan akhir untuk muncul johan pada kejohanan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua pemain terutamanya jurulatih dan pengurus pasukan En. Haizul Azzuan Bin Nordin dan En. Zulkiffly Bin Hussein dalam memastikan kejayaan adalah milik SK Balik Pulau.

Selasa, 23 Februari 2010

UJIAN BULANAN (1) 2010

Untuk makluman para guru dan ibu bapa, satu ujian bulanan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Selasa (23/2/2010)
BM 1 & 2
Sains
B.Arab (Tahap 2 sahaja)

Rabu (24/2/2010)
Matematik 1
Matematik 2
B. Arab (Tahap 1)
Agama Islam

Khamis (25/2/2010)
Bahasa Inggeris 1
Bahasa Inggeris 2

Seluruh warga SKBP mendoakan semoga semua pelajar dapat menjawab soalan-soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.....



Sabtu, 13 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, seluruh warga PIBG dan SK Balik Pulau ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina. Bagi yang pulang ke kampung berhati-hati ketika memandu dan utamakan keselamatan. Bagi warga pelajar jangan lupa tugasan yang diberikan oleh guru semasa cuti sekolah dan siapkannya secepat mungkin bagi membolehkan cuti dinikmati sepenuhnya. Sekolah akan mula bercuti pada 13 Februari 2010 (Sabtu) sehingga 16 Februari 2010 (Selasa). Sekolah akan buka semula pada 17 Februari 2010 (Rabu). Selamat bercuti dan gunakan masa cuti anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah..

Rabu, 10 Februari 2010

Kenali Staff SK Balik Pulau 2010


Duduk dari kiri : En. Rizwan B. Dahlan, En. Hakimi B. Saman (Kaunselor), Ust Azhar B. Mardzuki, Ust Zakaria B. Long, Ust Rizal B. Abdul Rashid, Tn. Hj. Shaharani B. Hj Saidin (Guru Besar), En. Lee Keat Huat, Pn. Hjh Rohana Bt Ibrahim (PK 1), Pn. Hjh. Sabariyah Bt. Musa (PK HEM), Pn. Saliha Bt. Ibrahim (PK KOKO), Pn. Hjh Azimah Bt Darus.

Berdiri dari kiri (tengah):En. Junaidi Bin Ismail (Juruteknik Komputer), Cik Eng Siew Kim (Guru Praktikum), Cik Nur Anis Azhani Bt Abdul Mukmin (Guru Praktikum), Pn. Hasniza Harun, Cik Nurazimah Bt Othman, Pn. Amizah Bt Abdul, Pn. Nazirah Bt. Hamzah, Pn. Adilah Bt Khosin, Pn.Madznah Bt. Madzlan, Pn. Nurhidayah Bt Yusuff, Pn. Rabiatul Adawiyah Bt Razak, Pn. Sarini Bt Abbas, Pn. Zirwatul Hanan Bt Ishak, Pn. Norma Bt Ariff, Pn. Rusmaliza Bt Othman, Cik Norhaniza Bt Osman, Pn. Fuziah Bt Sharif, Pn. Noor Aida Affida Bt Abdul Rahman, Pn. Nor Harniza Bt Yahaya, Pn. Sumarni Bt Bahari.

Berdiri dari kiri (belakang): En. Zamri Bin Abdul Rahman, En. Zawawi Bin Ismail, En. Mohd. Saad Bin Ghazali, En. Zunisam Bin Elias, Pn. Haireysa Bt Shamsuddin, Cik Siti Nor Hasilah Bt Mohammad, Pn. Normiza Bt Mohd. Taib, Pn. Zainab Bt Wahab, Pn. Zurina Bt Ahad (Kerani), Pn. Afifah Bt Mahmud, Pn. Norma Bt Abdul Rahim, Pn. Dina Bt Othman, Pn. Sabarina Bt Abdullah, En. Zulkiffly Bin Mohd Hussain, En. Mohd. Hairi Bin Yusof (Guru Praktikum), En. Mohd. Adzrul Bin Abdul Jalil, En. Mohd. Asrul Bin Mohd Yusuf (Guru Praktikum).

Seminar Keibubapaan SK Balik Pulau

Satu seminar mengenai keibubapaan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

  • Hari : Sabtu
  • Tarikh :20/2/2010
  • Tempat : Dewan Peperiksaan SK Balik Pulau
  • Masa : 8.00pg-12 tgh
  • Penceramah : Dr. Hj Abdul Rashid Bin Hj Mohamad (Pensyarah USM)
Harapan pihak sekolah dan PIBG adalah semoga ibu bapa dapat meluangkan masa dan bersama-sama hadir menjayakan program ini. Selain itu juga pada hari tersebut turut diadakan perjumpaan antara waris dan juga guru-guru kelas bermula pada jam 11 pagi-12 tgh.

Ahad, 3 Januari 2010

It's time to go back to school

Image taken from Madznah Mazlan's FB Photos Gallery
After a long holidays, tomorrow is the time to get ready and gear up for your formal education. To all pupils of SKBP you are most welcome and please do not forget to bring your text books, exercise books and other books (including your dictionary and stationery) which you think are necessary as the lesson will start as usual on the first day of schooling. Please be noted that there will be no such thing as relaxation on the first day. All teachers are ready to rumble as they have been awake from a long slumber. As for the parents, we would like to inform all of you not to worry so much regarding your children as they are in a safe hand. And if you have any doubt or uncertainty you can always see the administration for further facts about the event and situation.

Kejayaan Yang Dikongsi Bersama

Agaknya masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah buat para pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun 2009. Semoga pada tahun ini prestasi SKBP akan terus meningkat baik dari segi kurikulum dan kokurikulum dalam membentuk modal insan yang berguna.

Senarai nama para pelajar yang berjaya mendapat 5A. Tahniah.
1. Nur Nabila Bt. Mohd Khairri
2. Nur Fatinni Bt Badrul Hisham
3. Anis Fatiha Bt Mohd. Amin
4. Nur Shamimi Bt Mohd Poad
5. Khairunnisa Bt. Zainuddin
6. Mohd Hafizuddin B. Jamil
7. Mohd Imran Zarif B. Mohd Taufik
8. Shahirul Haafiz B. Zahari

Bagi yang kurang berjaya jangan cepat berputus asa. Jadikan kegagalan sebagai satu iktibar dalam mencapai keputusan yang lebih baik. Perjalanan anda masih jauh..Teruskan usaha. Orang yang berjaya seringkali belajar dari kegagalan..

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Seluruh warga SKBP dan juga PIBG SKBP ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Terlebih dahulu pihak pengelola blog ingin memohon kemaafan disebabkan kelewatan mengemaskini blog dari semasa ke semasa. Kekangan tugas dan berbagai-bagai aktiviti sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses mengemaskini blog. Namun insyaAllah untuk tahun 2010 pihak pengelola akan cuba sedaya upaya untuk memberikan informasi yang terbaik buat tatapan semua. Sekali lagi Selamat Tahun Baru 2010 dan semoga dengan kedatangan tahun ini akan meningkatkan produktiviti dan kualiti semua pihak dalam membina SKBP yang lebih cemerlang.