Selasa, 5 Mei 2009

Bengkel UPSR

Bermula pada minggu hadapan, beberapa siri bengkel akan diadakan untuk murid-murid tahun 6. Tujuan diadakan bengkel untuk menjawab soalan-soalan UPSR adalah untuk mempersiapkan para pelajar agar mereka lebih bersedia untuk menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun yang bakal diadakan pada bulan ini. Peperiksaan ini juga menjadi satu kayu ukur buat pihak guru untuk mengenal pasti kekuatan dan juga kelemahan yang perlu mereka perbaiki dari semasa ke semasa. Pihak pengelola yang terdiri dari Unit Bimbingan dan Kaunseling serta panitia-panitia matapelajaran teras saling bekerjasama dalam menjayakan program yang telah lama dirancangkan untuk manfaat para pelajar SK Balik Pulau.

1 ulasan:

  1. Harapannya...
    murid-murid akan mendapat panduan dan kaedah yang mampu melahirkan insan yang berjaya dalam pelajaran.

    BalasPadam