Khamis, 30 April 2009

Ujian Bulanan






Hari ini merupakan hari terakhir Ujian Bulanan Kali Ke 2 diadakan. Matapelajaran yang bakal diduduki oleh para pelajar pada hari ini ialah Matematik kertas 1 dan 2 serta matapelajaran Jawi. Gambar di atas menunjukkan kesungguhan murid-murid tahun 6 menjawab soalan Matematik kertas 1 yang bermula pada jam 8.00 pagi. Selamat menjawab dan Selamat maju jaya...



Rabu, 29 April 2009

Kursus Blog Lagi....








Kursus blog kendalian Cikgu Ridzuan masih lagi diteruskan pada hari ini. Pada kali ini setiap panitia matapelajaran dikehendaki membina blog panitia masing-masing. Gambar-gambar menunjukkan guru-guru amat berminat dalam mendalami ilmu baru yang dipelajari...

Ujian Bulanan Kali Ke 2 Tahun 2009

Bermula pada 28 April 2009 (Selasa) hingga 30 April 2009 (Khamis) SK Balik Pulau akan mengadakan Ujian Bulanan Kedua untuk murid tahun 1hingga 6.

1. Selasa (28.4.2009)
  • BM (Penulisan / Pemahaman)
  • Sains
  • Bahasa Arab Tahap 2
2. Rabu
  • BI (Kertas 1 dan 2 untuk tahap 2 sahaja)
  • Bahasa Arab Tahap 1
  • Pendidikan Islam
3. Khamis
  • Matematik Kertas 1 dan 2
  • Jawi
Semoga semua pelajar dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan cemerlang. InsyaAllah...

Selasa, 28 April 2009

KURSUS BLOG

Kursus berkaitan dengan penciptaan blog telah diadakan di perpustakaan SK Balik Pulau. Semua kakitangan sekolah terlibat dengan aktiviti ini. Kursus telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi iaitu En. Ridzwan Bin Dahalan yang juga merupakan guru media. Kursus berlangsung selama 3 jam bermula pada 2.00ptg dan berakhir pada jam 5.00 petang. Apabila berakhirnya kursus ini, ramailah guru-guru dan kakitangan SK Balik Pulau bakal mempunyai blog mereka sendiri.







Selasa, 7 April 2009

Coret-coret...

Inikah sistem pendidikan Malaysia selepas melepasi tahun 2000???

Jumaat, 13 Mac 2009

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 7 tahun 2009 telah diadakan pada hari Isnin bersamaan dengan 9 Mac 2009. Mesyuarat tersebut telah diadakan di dewan serbaguna SK Balik Pulau dan telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya iaitu Yang Berbahagia En. Mohamad Zabidi Bin Hj. Abd Rahman. Mesyuarat bermula sekitar jam 8.00 pagi dan berakhir lewat tengah hari. Banyak usul dan cadangan yang dikemukakan oleh waris dan ibu bapa pelajar dalam meningkatkan pencapaian anak-anak mereka agar dapat memenuhi matlamat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,intelek dan spiritual.

Khamis, 12 Mac 2009

Selamat Datang Ke Laman Blog PIBG SK Balik Pulau

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga SK Balik Pulau. Terlebih dahulu dipanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya maka blog Persatuan Ibubapa dan Guru SK Balik Pulau telah menjadi kenyataan. Dengan wujudnya laman blog ini adalah diharapkan agar ianya dapat memberi manfaat kepada seluruh warga SK Balik Pulau terutamanya buat pihak ibu bapa dan guru. InsyaAllah, maklumat yang terkini akan sentiasa dikemaskini untuk makluman bersama.