Selasa, 12 Mei 2009

Bengkel UPSR Bahasa Melayu



Bengkel menjawab solah UPSR untuk matapelajaran Bahasa Melayu telah diadakan di dewan peperiksaan SK Balik Pulau. Kesemua murid tahun 6 telah menghadiri bengkel tersebut dan diharapkan mereka memperolehi banyak ilmu-ilmu baru serta input-input dan juga tips yang berguna untuk bekalan di hari peperiksaan kelak.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh seorang pemeriksa kertas UPSR Bahasa Melayu yang berpengalam lebih 15 tahun dalam bidang yang diceburi. Beliau ialah Cikgu Syaban Bin Shaik Mydin yang sekarang ini sedang mengajar di SK St. Xavier Cawangan, Pulau Tikus, Pulau Pinang.




Khamis, 7 Mei 2009

Jadual Bengkel UPSR

Berikut adalah jadual berkaitan dengan bengkel UPSR yang bakal diadakan pada minggu hadapan:

Bahasa Melayu
  • 12 Mei 2009 (Selasa)
  • 8.30-10.30 pagi
Sains
  • 13 Mei 2009 (Rabu)
  • 2.00-5.00 petang
Bahasa Inggeris
  • 14 Mei 2009 (Khamis)
  • 3.00-5.00 petang
Matematik
  • Tarikh, hari dan masa akan diberitahu kelak
Kedatangan penuh dan komitmen daripada para pelajar darjah 6 amatlah diharapkan dalam menjayakan program ini. Para penceramah yang dijemput adalah mereka yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Malahan ada juga diantara mereka yang memegang jawatan sebagai guru pakar dan pernah menjadi pemeriksa kertas UPSR.Oleh yang demikian banyak petua dan tips yang dapat para penceramah kongsi bersama para pelajar dan juga guru semasa berlangsungnya program ini. Peluang yang tidak patut dilepaskan dalam mendalami ilmu yang dipelajari....

Selasa, 5 Mei 2009

Bengkel UPSR

Bermula pada minggu hadapan, beberapa siri bengkel akan diadakan untuk murid-murid tahun 6. Tujuan diadakan bengkel untuk menjawab soalan-soalan UPSR adalah untuk mempersiapkan para pelajar agar mereka lebih bersedia untuk menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun yang bakal diadakan pada bulan ini. Peperiksaan ini juga menjadi satu kayu ukur buat pihak guru untuk mengenal pasti kekuatan dan juga kelemahan yang perlu mereka perbaiki dari semasa ke semasa. Pihak pengelola yang terdiri dari Unit Bimbingan dan Kaunseling serta panitia-panitia matapelajaran teras saling bekerjasama dalam menjayakan program yang telah lama dirancangkan untuk manfaat para pelajar SK Balik Pulau.

Jumaat, 1 Mei 2009

Selamat Hari Pekerja 2009

Kepada semua rakyat Malaysia yang bergelar pekerja tidak kira dari sektor mana sekalipun, hari ini adalah untuk anda semua. Selamat Menyambut Hari Pekerja. Bekerja kerana Allah untuk agama dan negara.

Happy Labour Day to all Malaysians who have been endure all the hardship and difficulties in shaping and developing our beloved country. Without all the sacrifices you have made, dream is just a dream and it will never come true. Just bear in mind that you are a very important person and that is why you deserve a day off :-)
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2009.A country's future prosperity depends, to an extent, upon the quality of education of its people.EDUCATION IS POWER.

Khamis, 30 April 2009

Ujian Bulanan






Hari ini merupakan hari terakhir Ujian Bulanan Kali Ke 2 diadakan. Matapelajaran yang bakal diduduki oleh para pelajar pada hari ini ialah Matematik kertas 1 dan 2 serta matapelajaran Jawi. Gambar di atas menunjukkan kesungguhan murid-murid tahun 6 menjawab soalan Matematik kertas 1 yang bermula pada jam 8.00 pagi. Selamat menjawab dan Selamat maju jaya...



Rabu, 29 April 2009

Kursus Blog Lagi....








Kursus blog kendalian Cikgu Ridzuan masih lagi diteruskan pada hari ini. Pada kali ini setiap panitia matapelajaran dikehendaki membina blog panitia masing-masing. Gambar-gambar menunjukkan guru-guru amat berminat dalam mendalami ilmu baru yang dipelajari...

Ujian Bulanan Kali Ke 2 Tahun 2009

Bermula pada 28 April 2009 (Selasa) hingga 30 April 2009 (Khamis) SK Balik Pulau akan mengadakan Ujian Bulanan Kedua untuk murid tahun 1hingga 6.

1. Selasa (28.4.2009)
  • BM (Penulisan / Pemahaman)
  • Sains
  • Bahasa Arab Tahap 2
2. Rabu
  • BI (Kertas 1 dan 2 untuk tahap 2 sahaja)
  • Bahasa Arab Tahap 1
  • Pendidikan Islam
3. Khamis
  • Matematik Kertas 1 dan 2
  • Jawi
Semoga semua pelajar dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan cemerlang. InsyaAllah...

Selasa, 28 April 2009

KURSUS BLOG

Kursus berkaitan dengan penciptaan blog telah diadakan di perpustakaan SK Balik Pulau. Semua kakitangan sekolah terlibat dengan aktiviti ini. Kursus telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi iaitu En. Ridzwan Bin Dahalan yang juga merupakan guru media. Kursus berlangsung selama 3 jam bermula pada 2.00ptg dan berakhir pada jam 5.00 petang. Apabila berakhirnya kursus ini, ramailah guru-guru dan kakitangan SK Balik Pulau bakal mempunyai blog mereka sendiri.







Selasa, 7 April 2009

Coret-coret...

Inikah sistem pendidikan Malaysia selepas melepasi tahun 2000???